|
|
| Friday, 7-Dec-2007 05:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
<a
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Nov-2007 04:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
cooking series
|
|
pERGGGHHHHH!!!!, cuti minggu ni kami dok rumah saja, hari Sabtu sham ada kerja kat POLITEKNIK SHAH ALAM, jadi panel penilai projek akhir pelajar diploma while mummy ada projek dengan mak long.. Danish kemain excited sebab Syabil akan datang...wahhh lompat sakan budak budak tu.
hmmm mak long Sabrina minta mummy tunjuk cemana nak buat cheezy tuna pasta..ceh wah macam lah mummy ni pandai bebenor...few week ago, kami makan benda tu kat rumah Kak Shida di Rawang, maka mak long cakap sedap lah..so kami projek kan nya sabtu lepas. Disamping itu buat makan tengahari mummy masakkan Nasi Pilau. Teringat zaman2 dok kat bukit Chetham dolu dolu
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 27-Oct-2007 05:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update FP ni setelah sekian lama menyepi, sibuk sungguh lately nih, macam macam hal...time ramadhan tok sah citer ler...walaupun tak masak hari hari tapi ada jek keja nak buat... bila dah masuk raya aktiviti menziarahi sanak saudara dan teman teladan berterusan..ditambah pula dengan kesibukan dok mencari rumah di Shah Alam..fuhhhhh..busyyyyyy makcik...Kami tahun ni menyambut raya pertama di Sungai Udang. Macam biasa, menu di Selangor ni ada rendang, nasi impit, kuah kacang dan lodeh...ditambah dengan biskut raya yang bernaeka bentuk dan warna serta kerepek kerepek yang bermacam jenis..penuh lah meja makan tu kiranya...heheheh...Tema tahun ini ialah OREN..tu pasal kalian nengok gambar ni macam pening2 sikit ya..bukan mata kalian yang kabur tapi memang gambar tu yang ter terang...hehehehe....Lepas solat , semua bermaafan maafan then makan makan keluarga...syioknya waktu tu..berebut rebut cedok lauk..heheh habis ler tertumpah kena baju baru....pastu sumer ready pegi ziarah kubur....dah macam pesta melawatt kubur di hari raya..punyalah ramai rakyat..pelik lak aku nengok......tunggu raya baru berpusu2 pgi kubur..apa pun selamat lah semuanya......
Petang sikit kami bergerak ke rumah anjang jalan tepi sungai..wah anjang tahun ni raya sakan..almaklum rumah baru ler kan...anak cucu pun sumer bali...bahgianya rasa....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Sep-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Alhamdulillah Amierul Danish dah empat tahun sekarang, Sebulan yang lepas dia dah request nak kek itu kek ini, wah kemain demand lagi die. Danish cakap nanti nak ajak Syabil, yeop, abang, irfan dan syami celebrate besday die. Tapi terkena dalam bulan puasa makan kena buat waktu malam yg ada cuma syabil. Tu pun Danish kemain exited lagi....
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Aug-2007 10:13 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Besday Dr.Sham
|
|
Alhamdulillah dikurniakan umur yang panjang untuk terus beribadah kepadaNya dan melihat anak anak berjaya dalam dunia dan akhirat. Today mummy sempat membuatkan Dady sebiji kek carrot yang sangat sedap..ehehhehe biasalah puji pujian untuk ku . Tapi betul pun..Dady pun cakap sedap gak kek ni ada rasa manis manis, kelat kelay, rempah ratus...hmm tu la..dah cakap memang sedap.... Hmmm nampaknya kami anak beranak jek meraini hari bahagia ni bersama Daddy. Pagi-pagi lagi Dady potong kek n makan sama sama dengan teh 'o'. So okay...We wish Happy Besday to daddy. Moga hari hari mendatang membawa seribu erti buat mu...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Aug-2007 09:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
zoo negara
|
|
last week kami ke Zoo Negara, hmm kiranya dah lebih 15 tahun tak kesitu. Tu dia macam macam dah berubah. Lo ni masuk kena bayar RM15 budak2 kena RM6. Parking keter plaks kena RM4..fuh yooo..leh tahan la jugak. sib baik infant FOC... Danish was so exited bila mula mula nampak gajah yang besar bagak ittew...terus dia jerit..look!! Mummy! elephant!!..yer lah Danish tu elephant...then next to elephant tu ada pula Giraffe..wah..berlari pula dia ke tempat girrafe tuh..hmm macam tu lah..siap pegang map lagik tarik tangan kita kesana sini...n yg penting mummy and daddy has to prepared to answers all the questions....
Banyak juga persoalan yg ditimbulkan.....antaranya..kenapa monkeys tu semua kat dalam cage..mana mummy die, mana daddy dia, adik dia,abang dia, kakak dia..hah..amik ko..jawab jangan tak jawab...then ada gambar kelawar kat map tuh lalu diajaknya ke situ katanya ada batman situ Daddy..aiyoo..tu lah kuatnya pengaryh kisah superhero ni....sebabkan nak ais cream and nak makan maka dia lupa jap benda tu lantas kami alih pandangan dia ke restoran fast food dalam tu...Rasa saya dulu ada KFC situ...makan makan then jalan lagi Dansih nak tengok Rabbit pula..Adik Nuha standard lah dok tido jek dalam push chair tu....then tetiba Danish tanya lagi...kenapa tak dek Dinosour daddy!!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Aug-2007 00:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berkelah diSungai COngkak
|
|
Tu dia...syioknya depa dok mandi manda..hmmmtu la budak budak ni kalau dapat air memang suke die...Last weekend we took them to Air Terjun Sungai Congkak di Hulu Langat Selangor...wah in jam semua kena duit...parking ajer dah kena RM2..pastu entry kena RM1 per person then masuk bilik air nak salin baju pun kena lagi RM.030..aiyooo.......sumernya kena bayar wooo...tapi tak der lah indah benar tempat tu...sepatutnya tempat2 kena bayar ni normally bersih dan cantik lah sebab itu duit sumer guna untuk dia punya maintenance kan.!!!....
banyak juga lah makanan yang dibawa..nasi beriani aunti eton, sambal bilis anti anna, sayur lemak pucuk ubi, nuggets, chicken finger,air siap, oren, goreng cempedak dan lelain..wahh macam kenduri besday party gitu..hehehhe...lepas mandi,,makan pastu mandi lagi makan lagi..sampai lah bebudak tu sumer letih then bungkus nag angkat balik....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Aug-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 1-Aug-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Menghias KUBUR
Assalammualaikum rakan siber sekalian, semuga kalian semua berada dalam keadaan sejahtera dan dilindungi Allah dari perkara perkara yang tidak diingini.
Setelah tamat fasa pertama berniaga, saya ingin mencuri pandangan kalian berkenaan isu diatas. Ada baiknya kita sama sama merenung sejenak akan soal menghias kubur atau pusara dari sudut Islam seadanya. Alhamdulillah mudahan topik ini secara tidak langsung mengingatkan kita akan kematian, Kematian yang pasti tiba bagi setiap manusia. Justru harus kita bersedia seawal mungkin dengan menambahkan amal dan ibadah buat bekalan di akhirat kelak. Disamping menambahkan ilmu pengetahuan agama, saya percaya topik ini mengupas akan halal, haram, harus, makruh dan lelain yang menjadikan kita lebih arif dalam melaksana hukum Allah.
Apa yang saya maksudkan dengan menghias kubur ini adalah perbuatan mengindahkan kubur sehingga ketahap keterlaluan dan sejauh manakah Islam mengharuskan dan membenarkan kubur itu dihias. Saya percaya setiap dari kita pernah menghadapi kehilangan tersayang maka kita pasti tidak terlepas melihat amalan dan perbuatan dari mula jenazah diuruskan hinggahlan dikebumikan. Ada antaranya yang memotong daun pandan dihiris menjadi kepingan kecil-kecil, ada pula yang mengutip bunga ditaman dan ada yang bersusah payah mencari air mawar untuk tujuan menjirus kubur. Tidak cukup dengan itu ada yang sanggup membeli dedaunan dan bungaan untuk tujuan menabur bahan tersebut dipusara simati. Renungkanlah kalian!!! Kita mungkin melihat perkara ini sebagai biasa tapi apakah perkara ini dibenarkan didalam Islam dan saya sendiri masih mencari cari kebenarannya. Mudahan kita semua dijauhkan dari perbuatan bid’ah (pebuatan ikutan) yang memang cukup sebati dalam jiwa masyarakat melayu amnya.
Didalam mencari secubit ilmu ini saya ketemu satu riwayat (http://bahrusshofa.blogspot.com/) daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.
Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berkemampuan, membeli bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain.
Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) Sayyidina 'Utsman bin Madzh`uun, dan Junjungan bersabda: "Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku". Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam asy-Syafi`i; Dan juga pada kubur Sa`ad (yakni Sa`ad bin Mu`aadz) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dan Junjungan s.a.w. telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina 'Utsman bin Madzh`uun sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk (air mutlak biasa, jangan pulak disalahfaham dengan air sejuk peti ais plak), sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta. Perkara-perkara makruh ini sewajarnyalah kita tinggalkan.
Menurut satu lagi sumber (http://berita.perak.gov.my), Al-Fikrah oleh Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak), perbuatan membina simen konkrit di atas atau sekeliling kubur adalah haram hukumnya kerana syarak menegah sama sekali membuat binaan kekal ditanah perkuburan. Semua binaan kekal atas kubur wajib dirobohkan kecuali bagi tanah perkuburan milik persendirian atau tanah kubur khusus seperti makam sultan-sultan dan raja raja. Apa yang mendukacitakan, walaupun hukumnya jelas haram, tetapi masih ramai masyarakat Islam membina simen konkrit di atas tanah perkuburan keluarga mereka di kawasan tanah kubur awam yang diwakafkan kepada orang ramai.
SuhanaAllah, ada pula dizaman sekarang pelbagai katalog disedialan yang menjadi pilihan keluarga simati untuk membina simen konkrit pada pusara simati. Ada yang didatangi dengan binaan konkrit berhias ayat Al-Quran tidak kurang juga dari jenis batu marmar atau granite dan seangkatannya. Cukup menyedihkan lagi bilamana kubur simati diindahkan sehingga keterlaluan tidak ubah seperti taman bunga dan pihak keluarga sangat berbangga kerana kubur keluarganyalah yang paling cantik disitu. Saya percaya perasaan bermegah ini amat dilarang Allah s.w.t. Kubur sebegini juga dikhuatiri boleh menjurus kepada pihak tidak bertanggungjawab menjadikan kubur tersebut sebagai tempat pemujaan tanpa pengetahuan pihak keluarga. Bagi tanah perkuburan yang disusun batu-bata disekelilingnya tanpa disimen, ianya dibolehkan kerana ia boleh diangkat ubah bila-bila masa. Menurut yang afdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi.
Menamam rumput2 kecil diatas kubur mebolehkan tumbuhan tersebut terus berzikir untuk simati selagi tumbuhan itu hidup. Sesetengah pihak menanam pokok dipusara tetapi dengan tujuan menedukan kuburan dan menyejuk an mendamaikan simati, tafsiran ini adalah tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapat diziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah swt. Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud 'Allah merahmati kubur yang tidak dikenali.' Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur, bukanlah satu suruhan Islam. Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akan terdedah kepada pencemaran, kerana biasanya tulisan-tulisan ayat di paras kaki orang yang berdiri di pinggir kubur itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara ini adalah dilarang.
Satu lagi persoalan yang sering bermain difikiran saya ialah mengapa ramai orang menjadikan menziarahi kubur di Hari Raya sebagai satu amalam tahunan. Menurut sumber dari Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria (Mufti Kerajaan Negeri Perak) sebenarnya setiap orang digalakkan menziarahi kubur sepanjang masa tanpa sekatan dan masa tertentu. Tetapi, apa yang berlaku, setiap kali menjelang hari raya, orang Islam berduyun-duyun, lelaki perempuan pergi berziarah ke kubur sedangkan pada hari raya mereka disuruh bergembira dan digalakkan berziarah ke rumah saudara mara yang masih hidup bukannya beramai-ramai pergi ke tanah perkuburan. Jika kita berziarah ke kubur sempena hari raya, seolah-olah kita telah jadikan hari raya sebagai ‘Pesta menziarahi perkuburan’ sejak pagi-pagi lagi sebelum solat sunat hari raya. Lebih malang lagi, ada orang yang tidak sempat menunaikan solat sunat hari raya kerana terlalu lama berada ditanah perkuburan. Walau pun solat hari raya hanyalah sunat tetapi ianya mempunyai pahala dan keberkatan yang besar. Apa yang kita tahu, masyarakat keturunan Cina mempunyai masa tertentu pergi ke tanah perkuburan, membersih dan mengindahkan tanah kubur sebelum menjelang tahun baru. Kita tidak boleh ikut budaya mereka.
Masyarakat Islam disuruh sepanjang masa menziarahi perkuburan. Kalau hendak berziarah ke kubur pada hari raya, eloklah dibuat sebelah petang atau hari-hari berikutnya, bukannya pada hari raya pertama kerana pada satu syawal kita dikehendaki segera membayar fitrah dan dikehendaki berada di masjid atau surau untuk melakukan solat sunat hari raya. Tidak ada sunnah Rasullah s.a.w. mengatakan sunat pada hari raya kita berziarah ke tanah perkuburan. Kita sebenarnya tersalah faham dan beranggapan ianya sebagai tradisi yang perlu dipatuhi.
Sekian, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari saya sendiri.
Apa komen kawan kawan? Saya mengalu alukan komen dari sahabat sekalian dan semuga ilmu yang kita kongsi bersama dapatlah kita manfaatkan bersama. Jika ada salah dan silap serta pertikaian, semuanya dibuka untuk perbincangan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Jul-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
| Quote: | | Gloria Vanderbilt harganya RM120 dan RedDoor Revealed harganya RM75.00.Frangrance ni juga I bawa balik dari UK, bila nengok nengok banyak sangat so we decide untuk dijual sebab boring juga asik bauan yang sama sepanjang masa. Anda berminat? Jangan tunggu lagi call or sms kami di 0123511076 (emma) atau 0192863896 (sham) |
| Quote: | Blouse diatas ni adalah milik peribadi saya sendiri, tapi sekali pun tak pernah pakai dan price tag pun masih di situ, semuanya saya beli di UK tapi tapi saiznya agak kecil untuk saya, jadi tak nak simpan lama lama so saya decide untuk jual,
BL001 = UK12 EUR38, Brand : KENAR. 100%polyster plain, 96% viscose and 4% elastane
BL002 = size M, made in Canada, 93% polyester and 7% spandex. |
Disini ada sedikit jualan kecil kecilan. All items is originally brought from UK. Jadi andai ada kawan kawan yang berminat nak membeli bolehlah menghubungi kami di talian 012-3511076 (emma) atau 019-2863896 (Sham). Banyak lagi barang akan dimasukkan dari masa ke semasa.
email:
emmarinie@yahoo.com
syahrulnizam2000@yahoo.com
| Quote: | kepada yang berminat bolehlah call or sms or email kami di
012 3511076 atau emmarinie@yahoo.com (emma) |
*** FREE DELIVERY TO KLANG , SHAH ALAM & SUBANG.
|
|
|
|
|