 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Emma FOTOPAGES  By: emma marinie
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 26-Oct-2006 08:46 |
Email | Share | Bookmark |
|
3rd Syawal
|
|
Dah masuk raya ketiga ni kami sepakat dok umah, kononnya hajat hati nak ke kampus..tup tup ujan lebat maka aktiviti terbantut, nak beraya ke umah org pon tak selesa nak kuar tengah2 ribut taufau diluar sana tu. Jam 12.00 ada member call nak dtg beraya ,so kecil tapak tangan, stadium bola kami tadahkan. pikir2 punya pikir maka akhirnya kami buatlah sup soto bagi menghabiskan nasi impit yang terlebih lebih tu, alhamdulillah berhasil dan sedapnya tak tau tau nak cerita hehehehhe...Then panaskan kuah kacang and rendang yang masih berbaki. Alhamdulillah 3 family datang licin, so pastu aktiviti cuci cuci dapur pun dijalankan and preparation for rumah terbuka on Sunday.
resepi soto untuk dikongsi bersama,
seekor ayam tidak dipotong kecil kecil
4 batang serai dimesin bersama seinci halia, dan 10 biji bawang merah(saiz Malaysia).
2 sup bunjut
kayu manis, pelaga, lawang
rempah sup 2 peket kecil
satu cawan santan
seinci lengkuas diketuk
2 batang serai diketuk
campakkan semuanya kecuali santan kedalam periuk yg bersesuaian dan rebusnya hingga ayam empuk dan anda akan dapat menghidu keharuman sup tu. Akhirnya baru masukkan santan, kuah akan menjadi kehijauan, jika minya ayam kurang boleh tambahkan sedikit minyak masak. carikkan ayam dan hidangkan bersama nasi impit, taugeh, bawang goreng, cili kicap, taugeh, bergedel dan soun goreng. Pasti menyelerakan
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|